29 Disember 2009

Linus

Literasi dan Numerasi ataupun ringkasnya LINUS merupakan gabungan dua mata pelajaran iaitu Bahasa Melayu dan Matematik. Fokus utamanya adalah penguasaan 3M dalam kalangan murid Tahun 1 bermula tahun 2010 dan dijangkakan menjelang 2012 kesemua murid Linus berjaya menguasai kemahiran 3M. Pemilihan murid LINUS adalah berdasarkan ujian yang akan dijalankan kepada murid Tahun 1 pada bulan Mac.
Sebagai persediaan awal kepada guru yang akan mengajar LINUS di sekolah, mereka akan didedahkan dengan kemahiran dan modul yang perlu dikuasai sepanjang kursus berjalan. Dijangkakan kursus tersebut akan dijalankan bermula 18 Januari secara berperingkat anjuran Bahagian Pendidikan Guru. Fasilinus-fasilinus negeri akan memberi pendedahan secukupnya kepada semua guru ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan