Tuan/Puan diminta mengisi Data Saringan 3 Literasi dan Numerasi bermula dari Sila layari www.moe.gov.my/nkra untuk pengisian data tersebut. Data yang telah lengkap diisi perlu dicetak dan ditandatangani oleh Guru Besar.
25 Oktober 2010
PENGISIAN DATA SARINGAN 3 LINUS
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Merujuk kepada Manual Am Literasi Saringan 3, ms 5, sila baca lampiran:
BalasPadamMenyatakan: Kenyataan A
=====================
Murid yang hanya menguasai konstruk 1 dan konstruk 2 sahaja akan ditempatkan ke Program LINUS Tegar,
=====================
Pada masa yang sama dalam jadual berikut menyatakan: kenyataan B
=====================
Tidak Menguasai
Konstruk 1 – Konstruk 2
(dibimbing oleh guru pemulihan
khas)
====================
Pada hemah saya, Kenyataan A bercanggahan maksud dengan Kenyataan B. Kenyataan B menyatakan tidak menguasai konstruk 1 dan konstruk 2 dibimbing oleh guru pemulihan, kalau guru pemulihan sudah mengajar murid sampai menguasai konstruk 1 dan 2, adalah sudah dikira bukan LINUS Tegar?
Persoalan ini timbul kerana guru kelas perdana akan berpegang tegas dengan kenyataan A bahawa LINUS Tegar ialah murid yang menguasai konstruk 1 dan 2, dan guru perdana akan bertegas supaya guru pemulihan khas mengajar murid sampai menguasai konstruk 1,2,3 baru dikira bukan murid LINUS Tegar.
Persoalan selanjutnya ialah tentang kemahiran konstruk 3, siapa yang perlu ajar Murid LINUS TEGAR ini tentang kemahiran konstruk 3, guru pemulihan khas atau guru perdana?
Perlu ditegaskan di sini, bukan menolak tugasan kepada mana-mana pihak yang perlu mengajar konstruk 3, cuma terdapat kekeliruan tentang takrifan murid LINUS Tegar.
Dalam taklimat yang diberi kepada guru pemulihan khas, guru pemulihan khas diberitahu hanya perlu mengajar murid sampai menguasai konstruk 1 dan 2.
Siapa yang arif tentang isu ini, sila beri penjelasan.
Murid (A) yang tidak menguasai konstruk 1 & 2, dianggap murid LINUS Tegar dan perlu diajar oleh guru pemulihan khas (, nak ajar setakat konstruk berapa? 1 & 2, atau 1,2, 3
Murid (B) yang menguasai konstruk 1&2, dianggap murid LINUS Tegar dan perlu diajar oleh guru pemulihan khas atau guru perdana?
Murid (C) yang menguasai konstruk 1,2,3 dianggap murid LINUS biasa dan perlu diajar oleh guru perdana?
Terima kasih.
Daripada FUN
Murid LINUS Tegar ialah murid yang tidak menguasai Konstruk 1 & 2 sajaja atau yang tidak menguasai konstruk 1 & 2 sahaja. Murid LINUS tegar harus diajar oleh Guru Pemulihan Khas. FasiLINUS PPD Keningau Sabah.
BalasPadam